Home SirahJika Kamu Ditakdirkan Miskin?

Jika Kamu Ditakdirkan Miskin?

by Abu Umar
0 comments 64 views

Abu Nuaim melaporkan dari Abu Rafa’, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Wahai Abu Rafa, bagaimana sekiranya kamu ditakdirkan dalam keadaan miskin?”

“Apakah aku tidak dapat bersedekah pada waktu itu?” Abu Rafa’ menjawab, sekaligus bertanya.

“Benar. Berapakah uang yang kamu miliki sekarang?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam bertanya.

BACA JUGA: Abu Hurairah, Sahabat Nabi yang Miskin namun Banyak Menghafal Hadist

“40 ribu dirham. Semuanya milik Allah.”

“Tidak, berikan sebahagian darinya dan simpan sebahagian lagi, serta berbuat baik kepada anak kamu.”

“Wahai Rasulullah, apakah itu termasuk hak mereka ke atas kami, sebagaimana hak kami ke atas mereka?”

“Benar, hak anak kepada orang tua adalah mendapat pengajaran Al-Quran, memanah, dan berenang.”

“Namun, bila aku akan miskin, wahai Rasulullah?”

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, “Selepas aku.”

Abu Sulaim berkata bahawa beliau melihat Abu Rafa menjadi miskin selepas Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam meninggal dunia, sehingga beliau duduk di suatu tempat, lalu berkata, “Siapakah orang yang mau memberi sedekah kepada orang tua yang buta? Siapakah orang yang mau memberi sedekah kepada lelaki yang diberitahu oleh Rasulullah, dia menjadi miskin selepas Baginda meninggal dunia? Siapakah yang akan memberi sedekah? Ini karena, tangan Allah berada di atas, tangan orang yang memberi berada di tengah, dan tangan orang yang meminta berada di bawah. Tidak halal memberi sedekah kepada orang yang mampu, kuat, dan memiliki anggota badan yang sehat.”

BACA JUGA: Kaya dan Miskin Adalah Ujian

Abu Sulaim berkata lagi, beliau melihat seorang lelaki memberi uang sebanyak 40 dirham kepada Abu Rafa’. Namun, beliau mengembalikan satu dirham.

Lelaki itu berkata, “Wahai hamba Allah, apakah kamu tidak menginginkan sedekah aku?”

Lalu, Abu Rafa’ menjawab, “Rasulullah melarang aku menyimpan uang yang lebih.” []

Sumber: Selembut Hati Rasulullah/Karya: Miftahul Asror Malik/Penerbit: PTS Islamika/2013

Ikuti kami selengkapnya di:

WhatsApp: https://chat.whatsapp.com/CmhxXFTpO6t98yYERJBNTB
Instagram: https://www.instagram.com/humayro_media/
YouTube: https://www.youtube.com/@humayromedia
Telegram : https://t.me/pusatstudiislam2
Facebook Fanspage : https://www.facebook.com/profile.php?id=61572918724311

Ikuti kami di Facebook Humayro. Satu tempat untuk pembelajaran tiada henti. Pembelajaran setiap hari. Pembelajaran sepanjang hayat.

Subscribe

Subscribe my Newsletter for new blog posts, tips & new photos. Let's stay updated!

Humayro.com – Belajar Sepanjang Hayat.  Kantor : Jalan Taman Pahlawan Gg. Ikhlas No. 2 RT18/RW 08 Purwakarta 41119